Wednesday, 10 June 2015

Peringatan Untuk Ibu Yang Sibuk Dengan Kerjaya

Peringatan Untuk Ibu Yang Selalu Sibuk | Aku seorang suri rumah. Ya. Tak dinafikan. Tapi dalam masa yang sama aku juga seorang fulltime blogger. Perlu ke sana sini untuk attend event, perlu update press release untuk event, perlu memasak, perlu mengemas rumah dan perlu menjaga anak serta suami. Busy rupanya hidup aku ni.

Peringatan Untuk Ibu Yang Sibuk Dengan Kerjaya
 
Aku suka kerja aku sebagai seorang fulltime blogger tapi dalam masa yang sama aku pening macam mana nak bahagi masa untuk kerja dan jugak anak. Aku tak nak jadi mak yang jahat, yang selalu tak ada masa untuk anak, selalu cakap "NO" kepada anak bila anak perlukan kita.

Jadi, macam mana nak jadi seorang ibu yang baik? Aku ada tengok dekat Youtube tentang peringatan kepada ibu-ibu yang selalu sibuk. Bila aku tengok aku jadi sebak, sedih, semua ada. Baru aku beringat, kerja pun kerja jugak tapi anak lebih penting. 

Jom tengok video Peringatan Untuk Ibu Yang Sibuk Dengan Kerjaya. Mesti korang pun rasa sebak. Boleh tengok dekat SINI -> Video Pengakuan Ibu Yang Selalu Sibuk Dengan Kerjaya.

Jangan lupa luangkan masa unutk anak-anak korang. :)


 
 
 
 

1 comment:

Shahida Dzulkafli said...

Betol tu..macam saya yg keja 8-5 lglah..masa yg ada hanya weekand dan malam..mmg spend sepenuhnya dgn anak2..tp itupun kdg2 x ckp.