Showing posts with label Ibu bapa. Show all posts
Showing posts with label Ibu bapa. Show all posts

Monday, 25 May 2015

15 Pose Gambar Anak-Anak Yang Selalu Ibu Bapa Ambil

Percaya tak kalau aku cakap, gambar-gambar kita yang diambil waktu-waktu kecil dulu semua sama saja. Maksud aku sama, semua keluarga akan ambil gambar dalam pose yang sama. Contohnya, gambar baby tengah mandi dalam bath tub atau baldi dan ambil gambar dekat kereta keluarga.

Friday, 22 May 2015

4 Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Ambil Kira Sebelum Merancang Untuk Ada Anak

Kita selalu dengar "Anak-anak adalah membebankan", "Kos pendidikan semakin mahal setiap tahun" dan "Susu formula mahal!". "Kami tak mampu untuk ada anak LAGI" adalah satu sebab ibu bapa terpaksa korbankan impian untuk melahirkan lebih ramai anak. Sebenarnya kita mampu saja nak dapat anak ramai. Yang penting adalah perancangan. Di bawah ni aku senaraikan antara perkara yang ibu bapa patut rancang sebelum berfikir untuk menambah bilangan anak.

Anak

4 Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Ambil Kira Sebelum Merancang Untuk Ada Anak


1. Merancang Sebelum Kelahiran Anak

Mula menyimpan sebelum korang melahirkan anak. Setiap bulan, masukkan sedikit RM ke dalam baby fund dan jangan usik sampailah anak korang lahir. Simpanan ini boleh digunakan untuk membeli pampers, lawatan ke klinik, baju bayi dan jugak susu formula.
 

2. Mantapkan Kewangan Dalam Keluarga

Semak semula segala perbelanjaan dan lihat apa yang korang sepatutnya boleh potong contohnya tamatkan perkhidmatan Astro atau kurangkan aktiviti shopping online. 
 

3. Penjagaan Anak

Mana yang lebih murah? Hantar anak ke nurseri? Atau cari pembantu rumah? Atau ibu saja yang berhenti kerja untuk menjaga anak-anak? Pilihan di tangan korang. Kena pandai memilih.

4. Pendidikan

Ibu bapa sekarang ni kalau boleh nak hantar anak masuk ke kelas macam-macam - kelas tuisyen, kelas piano dan kelas bahasa. Kesemua kelas ni agak mahal. Pilih kelas yang anak korang betul-betul minat dan simpan duit yang lebih tu ke dalam tabung pendidikan anak-anak. Kan lebih bagus? 




Tapi, at the end of the day, kesemua pilihan di tangan korang. Aku cuma senaraikan 4 perkara yang ibu bapa boleh ambil kira sebelum berfikir untuk menambah bilangan anak. 


10 Perkara Menjengkelkan Anak-Anak Buat Tapi Anda Mesti Tersenyum

Anak. Kalau anak yang jenis dah ada kaki, dah boleh jalan, mesti ada saja perkara yang diaorang buat kadang-kadang buat korang stress. Nak nak bila balik kerja, tengok rumah bersepah pasu pecah, air berwarna jatuh atas karpet sebab anak-anak main kejar-kejar sambil menjerit-jerit. Lepas tu, bila tengok muka anak sorang-sorang ada kesan kena conteng dekat muka pulak. 

Anak-anak

Thursday, 21 May 2015

15 Perkara Yang Anda Akan Buat Apabila Menjadi Ibu Bapa

Menjadi ibu bapa kepada anak-anak dah menjadi satu impian kepada semua orang. Betul tak? Bila dah ada anak, macam-macam perkara yang kita nak buat untuk anak kita. Kadang-kadang, apa yang kita buat tu kita tak perasan baik ke buruk ke, buat anak terasa ke tak ke, orang pandang serong ke tak ke.

Ibu Bapa