Kita selalu dengar "Anak-anak adalah membebankan", "Kos pendidikan semakin mahal setiap tahun" dan "Susu formula mahal!". "Kami tak mampu untuk ada anak LAGI" adalah satu sebab ibu bapa terpaksa korbankan impian untuk melahirkan lebih ramai anak. Sebenarnya kita mampu saja nak dapat anak ramai. Yang penting adalah perancangan. Di bawah ni aku senaraikan antara perkara yang ibu bapa patut rancang sebelum berfikir untuk menambah bilangan anak.
4 Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Ambil Kira Sebelum Merancang Untuk Ada Anak
1. Merancang Sebelum Kelahiran Anak
Mula menyimpan sebelum korang melahirkan anak. Setiap bulan, masukkan sedikit RM ke dalam baby fund dan jangan usik sampailah anak korang lahir. Simpanan ini boleh digunakan untuk membeli pampers, lawatan ke klinik, baju bayi dan jugak susu formula.
2. Mantapkan Kewangan Dalam Keluarga
Semak semula segala perbelanjaan dan lihat apa yang korang sepatutnya boleh potong contohnya tamatkan perkhidmatan Astro atau kurangkan aktiviti shopping online.
3. Penjagaan Anak
Mana yang lebih murah? Hantar anak ke nurseri? Atau cari pembantu rumah? Atau ibu saja yang berhenti kerja untuk menjaga anak-anak? Pilihan di tangan korang. Kena pandai memilih.
4. Pendidikan
Ibu bapa sekarang ni kalau boleh nak hantar anak masuk ke kelas macam-macam - kelas tuisyen, kelas piano dan kelas bahasa. Kesemua kelas ni agak mahal. Pilih kelas yang anak korang betul-betul minat dan simpan duit yang lebih tu ke dalam tabung pendidikan anak-anak. Kan lebih bagus?
Tapi, at the end of the day, kesemua pilihan di tangan korang. Aku cuma senaraikan 4 perkara yang ibu bapa boleh ambil kira sebelum berfikir untuk menambah bilangan anak.
No comments:
Post a Comment