Friday 22 May 2015

Rokok Seludup - Apa Yang Anda Perlu Tahu

Setiap wang yang dibelanjakan membeli rokok seludup hari ini berpotensi membiayai penjenayah global utama pada hari esok. Tahukah Anda Perdagangan Rokok Seludup Ada Kaitan Dengan Jenayah Terancang Dunia?

Rokok Seludup


4 Fakta Tentang Rokok Seludup.


1. Malaysia merupakan negara kedua terbesar dalam jenayah rokok seludup.

Malaysia sekarang berada di kedudukan kedua terbesar di dunia dalam jenayah rokok seludup yang menyebabkan kerugian sebanyak RM1.9 bilion setahun kepada kerajaan (Kajian oleh Goldman dan Sachs)

2. Jika jenayah rokok seludup ini berterusan, sebanyak 500 juta nyawa akan diancam.

Mereka yang membeli rokok seludup adalah sebahagian daripada rangkaian jenayah terancang yang boleh mengakibatkan kesengsaraan kepada penduduk dunia.

3. Perdagangan rokok seludup memberi keuntungan yang mudah. 

Penyeludupan tembakau ini agak mudah, dan keuntungannya mampu menjangkau nilai jutaan Ringgit. Perniagaan ini begitu menguntungkan sehingga menjadikan tembakau haram bahan larangan yang paling banyak diseludup di dunia.

4. Pengguna rokok seludup lebih  mudah didatangi penyakit kronik.

Satu daripada 10 orang dewasa mati lebih awal disebabkan penyakit yang berkaitan dengan tembakau seperti kanser paru-paru, penyakit jantung, dan strok.


Bagaimana ANDA boleh bantu membanteras perdagangan rokok seludup di Malaysia?

 

Laporkan
Jika anda melihat penjualan rokok seludup di mana-mana kedai, maklumat boleh disalurkan menerusi talian 1-800-88-8855 atau melaporkan kepada mana-mana pejabat JKDM.

 
Hukuman: Sesiapa yang menyimpan, memiliki dan mengangkut rokok atau arak seludup boleh dihukum mengikut seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda 20 kali ganda daripada nilai barangan atau kedua-duanya sekali. 






No comments: